Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

13,000 pengguna terbabit

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kangar: Catuan bekalan air di kawasan utara Perlis dari Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi yang membabitkan tiga belas ribu pengguna domestik, bermula hari ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata beberapa kawasan lain di Kampung Melayu, Kampung Kolam dan Kampung Kok Mak di Padang Besar; Jalan Batu 16; Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Guar Chenderai dan Kampung Bukit Merah, Beseri masih mendapat bekalan air dengan tekanan rendah.

Sehubungan itu, katanya, kawasan terjejas akan dibekalkan dengan bekalan air bersih daripada lori tangki dan tangki statik yang akan diletakkan di beberapa tempat strategik di beberapa kampung berkenaan.

Azlan berkata Syarikat Air Perlis (SAP) juga akan membekalkan air bersih kepada sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di kawasan terjejas seandainya terdapat permintaan daripada pihak mereka.

“Memandangkan tiada hujan hingga malam ini (malam tadi) dan paras air di Empangan Timah Tasoh cecah ke paras 26.2 meter (Jumaat) berbanding 26.23 meter (Khamis), kerajaan negeri akan melaksanakan langkah catuan bekalan air dan pengumuman mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada penduduk terlibat oleh SAP,” katanya.

Azlan yang juga Pengerusi SAP berkata, pelatih PLKN Guar Chenderai 2.0 Siri 13/2016 yang memulakan sesi latihan pada 26 Mac lalu, disyorkan diberi cuti sehingga bekalan pulih.

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri pula boleh diberi pelepasan untuk pulang ke rumah pada cuti hujung minggu.

“Pelan catuan air ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh SAP kerana jika berlaku hujan dalam masa terdekat, kita boleh hentikan daripada terus melakukan tindakan berkenaan (catuan bekalan air).

“Dalam keadaan kritikal ini, pengguna di kawasan terbabit dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air dan tidak membazir bekalan air yang sedia ada semasa keadaan darurat,” katanya selepas meraikan 44 mantan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK) yang bersara pada Majlis Jasamu Dikenang Bersama Menteri Besar Perlis di Dewan Residensi, di sini, malam tadi.

Beliau berkata operasi pembenihan awan (OPA) di Perlis diteruskan untuk hari kelima hari ini dan dijangka berakhir pada 18 April.

catuannna

Image: 

Kangar: Catuan bekalan air di kawasan utara Perlis dari Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi yang membabitkan tiga belas ribu pengguna domestik, bermula hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853