Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mana ada nak bagi LV, tapi...

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 44, mengesahkan tidak pernah membuat tawaran untuk memberi beg tangan Louis Vuitton miliknya seperti yang hangat diperkatakan hari ini selepas tersebar di Facebook (FB).

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu ada berita gembira kerana dia memang berhajat untuk menghadiahkan barangan berjenama mewah miliknya dalam masa terdekat.

"Saya memang berhajat untuk berbuat demikian tapi masih belum membuat tawaran berkenaan dan memaparkannya di mana-mana laman sosial termasuk Instagram dan FB.

“Akaun yang memaparkan tawaran berkenaan tiada kena mengena dengan saya atau syarikat saya,” kata Vida ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Hari ini kecoh di FB apabila satu akaun FB menggunakan nama DSV-Dato’ Seri Vida memuat naik status 'Assalamualaikum semua...siapa yang bakal memiliki beg LV ni. Saya beli je tak pernah pakai. Nak hadiahkan kepada yang bertuah. Syaratnya 'share' post ni. Pemenang saya akan umumkan weekend nanti...Muahh'.

Status bersama gambar beg tangan LV itu menjadi ‘viral’ mendapat lebih 200,000 perkongsian setakat petang tadi.

Vida berkata, dia kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang membuka akaun FB yang sama sekali bukan dikendalikan olehnya atau wakil daripada pihak pengurusan Vida Beauty.

"Sebarang promosi, iklan, hadiah mahupun barangan yang berkaitan mengenai Vida Beauty atau Qu Puteh yang dipaparkan menerusi akaun FB itu adalah tidak benar dan palsu sama sekali.

"Kita tidak akan bertanggungjawab jika ada yang kerugian kerana berurusan dengan akaun FB berkenaan," katanya.

Katanya, beliau memang berhasrat untuk memberikan pelbagai barangan berjenama mewah kepada peminat setianya yang sentiasa menyokong pembabitannya dalam industri kecantikan dalam masa terdekat.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan terutama untuk membuat pemilihan bagi pemberian barangan berkenaan.

“Ia membabitkan pengedar yang baru menyertai perniagaan saya, pengedar yang sedia ada dan juga pengikut setia di laman Instagram dan FB di mana mereka yang rajin 'like' dan komen antara yang akan dipilih menerima hadiah berkenaan,” katanya

Menurutnya, beliau memiliki banyak barangan berjenama mewah termasuk kasut dan beg tangan yang sudah lama dibeli tetapi belum digunakan.

"Saya mahu memberikan semua barangan berkenaan (yang belum digunakan) kepada mereka yang sentiasa setia, memberi semangat dan menyokong saya selama ini," katanya.

Katanya, dia mengharapkan supaya tidak akan ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya dengan menipu.

"Orang ramai disarankan untuk sentiasa mengikuti perkembangan saya di Instagram dengan nama 'datoserivida' dan Facebook menggunakan nama Dato Seri Vida untuk merebut peluang terbaik ini.

tipuss.png

Image: 

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 44, mengesahkan tidak pernah membuat tawaran untuk memberi beg tangan Louis Vuitton miliknya seperti yang hangat diperkatakan hari ini selepas tersebar di Facebook (FB).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853