Pontian: Marsikun Salmin, 76, terpilih menunaikan haji tahun ini dan sepatutnya ke Tanah Suci 13 September depan, tetapi Allah SWT lebih menyayanginya apabila dia dijemput ajal selepas terkena renjatan elektrik di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Haji Sirat, Kayu Ara Pasong, di sini 7.30 malam Isnin lalu.
Allahyarham dikatakan terkena renjatan wayar elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di kebun miliknya.
Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Zakaria Abd Rahman berkata, mayat ditemui anak mangsa yang keluar mencarinya selepas tidak pulang.
Katanya, keluarga mencarinya di kebun selepas mangsa tidak muncul di rumah sehingga lewat petang.
"Kes disiasat sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat," katanya.
haji.png