Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tertimbus 15 meter

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Pekerja ditemui maut tertimbus manakala satu lagi masih hilang di kawasan perlombongan pasir di Jalan Kluang-Kota Tinggi, di sini, semalam.

Sehingga petang ini, Bomba dan Penyelamat masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Dalam kejadian 10.30 pagi semalam, mangsa yang ditemui maut dikenali Saiful Bahri, 30, yang juga warga Indonesia.

Mayat mangsa dikeluarkan orang awam, pada kira-kira 2 petang.

Bagaimanapun, mangsa kedua dikenali Noor Norudin, 45, masih hilang dan dikhuatiri tertimbus kira-kira 15 meter ke dalam tanah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.24 malam.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba mengalami masalah berikutan masih berlaku susulan runtuhan di lokasi kejadian.

"Anggota bomba menjalankan pemantauan di lokasi kejadian kerana SAR tidak dapat dijalankan berikutan keadaan tidak selamat. Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai tertimbus kira-kira 15 meter,” katanya.

timbuskren

Image: 

Kota Tinggi: Pekerja ditemui maut tertimbus manakala satu lagi masih hilang di kawasan perlombongan pasir di Jalan Kluang-Kota Tinggi, di sini, semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853