Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Mana ibu...'

$
0
0
Utama

Bayan Lepas: Siti Nuramni Hawani Mohd Idham, 3, belum mengerti apa yang berlaku dan sambil menghisap botol susu secara spontan dia bertanyakan ke mana ibunya pergi.

Tidak lama kemudian dia menjawab sendiri pertanyaan itu dengan memberitahu ibunya kini berada di rumah Tok Bak (datuk) mereka di Sungai Petani, Kedah.

Pilu dan sayu melihat gelagatnya kerana hakikatnya dia kini yatim piatu selepas ibunya, Shahrul Faiza Mukhtar, 31, meninggal dunia akibat kanser payudara, semalam.

Bapanya, Mohd Idham yang berusia 40 tahun ketika meninggal dunia, terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditunggang merempuh lori di Kilometer 122.9, Lebuhraya Kemalangan maut itu berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut ketibaan Ramadan tahun lalu.

Siti Nuramni bersama kakak, Siti Nurnadhirah, 12, abang, Muhammad Khairul Ikhwan, 10, Siti Nuramni dan adik, Muhammad Fitri Ramadhan berusia 20 bulan kini di bawah jagaan ibu saudara mereka Marshita Mukhtar, 36.

Siti Nurnadhirah pula berkata, pagi tadi, dia bermimpi didatangi ibu yang memberitahu sudah boleh berjalan dan dalam keadaan sihat.

“Saya sendiri tidak tahu apa petunjuk mimpi itu, namun memang saya terlalu rindukan ibu walaupun sejak hampir dua bulan lalu dia hanya terlantar di atas katil.

“Ibu sentiasa menasihati saya supaya menjaga tiga adik dan saya sempat bersalam dengannya sebelum pergi ke sekolah pagi kelmarin,” katanya.

Semalam gambar empat beradik bersama jenazah ibu mereka ‘viral’ di laman sosial sekali gus mengundang sayu kepada sesiapa yang melihatnya.

yatim.png

Image: 

Bayan Lepas: Siti Nuramni Hawani Mohd Idham, 3, belum mengerti apa yang berlaku dan sambil menghisap botol susu secara spontan dia bertanyakan ke mana ibunya pergi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853