Georgetown: Seorang wanita yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang, berjaya diselamatkan sekumpulan pemancing petang ini.
Kejadian berlaku jam 3.45 petang dan wanita berusia 60 tahun itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Difahamkan wanita itu memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan memanjat tembok jambatan sebelum terjun ke dalam laut.
Setakat ini keadaannya dilaporkan stabil dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian.
Situasi itu turut menyebabkan kesesakan sepanjang hampir tiga kilometer di atas jambatan dari Prai menghala Georgetown apabila orang ramai berhenti untuk melihat kejadian berkenaan.
trjuna.jpg
Georgetown: Seorang wanita yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang, berjaya diselamatkan sekumpulan pemancing petang ini.