Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

20 minit tak bergerak

$
0
0
Mutakhir

fadly@hmetro.com.my

Selayang: Penuntut lelaki warga Jerman nyaris maut selepas terjatuh di kawasan air terjun Sungai Kancing, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.40 petang itu, mangsa yang juga penuntut kolej di ibu negara cedera di kepala akibat terkena batu.

Berikutan itu, mangsa tidak dapat bergerak sebelum diselamatkan anggota bomba yang tiba 20 minit kemudian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada 5.43 petang.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi kejadian, pada 6.03 petang. Anggota kemudian beri bantuan awal kepadanya.

"Kerja membawa turun mangsa terpaksa menggunakan tali berikutan kawasan licin.

“Mangsa berjaya dibawa turun, pada 8.40 malam. Dia diberi rawatan oleh anggota Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS)," katanya.

Images: 

terjunair

Image: 
GN4id: 
13979075
Lead: 

Selayang: Penuntut lelaki warga Jerman nyaris maut selepas terjatuh di kawasan air terjun Sungai Kancing, di sini, hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853