Shah Alam: Tiga permainan utama dan hampir sepuluh permainan seisi keluarga disediakan di Setia City Park @ Oval Lawn, di sini, sempena Konsert Ledakan 25 tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt.
Eksekutif Komunikasi Pemasaran New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Hail Roshman Ahmad berkata pengunjung boleh mengakses permainan itu menerusi pakej-pakej tertentu.
"Jika mereka beli pakej seminggu e-paper Harian Metro dengan harga RM5, mereka boleh bermain dua permainan secara percuma untuk dua orang.
"Sementara untuk pakej dua bulan e-paper pada harga RM25 akan memperoleh pas tanpa had untuk empat orang manakala pakej e-paper setahun pada harga RM69 bakal mendapat pas tanpa had untuk enam orang," katanya.
Selain itu, dengan pembelian akhbar Harian Metro iaitu pada harga baru RM1.50, pengunjung akan menerima satu pas masuk untuk satu permainan.
Hail Roshman berkata, tiga permainan itu ialah 'Ejector Trampoline', 'Rodeo Bull' dan 'Zorb Ball' yang pastinya membuatkan pengunjung teruja.
Aktiviti lain turut diadakan pada sebelah petang untuk kanak-kanak ialah sukaneka, pertandingan mewarna, mengecat muka, 'sand art', buih sabun gergasi, permainan lego dan kereta serta helikopter kawalan jauh.
Sementara itu, maskot watak utama filem animasi BoBoiBoy: The Movie turut membuat kemunculan pada karnival ini, antara 5 petang hingga 7 malam.
Tidak ketinggalan pelakon-pelakon filem Showdown yang akan menjengah pawagam 7 April ini juga akan beramah mesra bersama peminat dari jam enam hingga tujuh malam.
Mereka terdiri daripada Reza Hasbi, Jehan Shukri, Aiman Asmawar, Amirul Hadi, Azim Aris dan Nico G.
Selain itu, pengunjung juga boleh menjamu selera di 25 trak makanan yang menjual pelbagai jenis makanan seperti rojak, cendol, nasi lemak, burger dan char kuetiau.
Bukan itu sahaja, booth pameran penaja turut memeriahkan karnival ini seperti Honda, Nissan, Bank Rakyat, Cactus, Mee Cintan, Grab dan Yeo's Yeogurt yang menawarkan promosi menarik seperti rebat tunai dan harga istimewa.
Konsert malam ini pula bakal digegarkan oleh artis popular tanahair seperti Amy Search, XPDC, Ella dan ramai lagi bermula jam 8.45 malam dan berakhir 11.30 malam.
Selepas konsert dan karnival di sini, Harian Metro bakal menggegarkan Fan City Mall, Miri, Sarawak pada 15 dan 16 April ini dan Padang Merdeka, Kuching, Sarawak pada 23 dan 24 April.
sinije
Shah Alam: Tiga permainan utama dan hampir sepuluh permainan seisi keluarga disediakan di Setia City Park @ Oval Lawn, di sini, sempena Konsert Ledakan 25 tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt.