Batu Pahat: Majlis penyerahan bantuan di Kampung Parit Haji Khalid, Sri Medan, di sini, bertukar cemas apabila lantai papan rumah penduduk terbabit roboh, awal pagi ini.
Bagaimanapun, tiada kecederaan menimpa tetamu dan penyerahan sumbangan kepada pemilik rumah, Rahmah Darlan, 74, tetap diteruskan.
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, berkata kejadian selepas sukarelawan KK1M selesai bergotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam rumah warga emas itu, kira-kira 9 pagi.
“Mungkin ramai tetamu masuk ke rumah menyebabkan lantai rumahnya tidak dapat menampung beban.
“Tiba-tiba saja lantai rumah runtuh ke tanah menyebabkan kebanyakan tetamu mengelongsor ke bawah.
“Namun saya sempat memeluk Rahmah bagi mengelak dia terjatuh sama. Alhamdullilah, tiada kejadian buruk," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd Halim Hasbullah, berkata pihaknya sudah mengarahkan kontraktor membaik pulih lantai rumah warga emas itu.
Rahmah menetap di rumah berkenaan dengan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 25 tahun.
runtuhh
Batu Pahat: Majlis penyerahan bantuan di Kampung Parit Haji Khalid, Sri Medan, di sini, bertukar cemas apabila lantai papan rumah penduduk terbabit roboh, awal pagi ini.