Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ambil keterangan, bantu siasatan

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Tawau: Empat anak kapal diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berkaitan empat warga tempatan yang dilarikan di perairan berhampiran Pulau Ligitan Semporna.

Anak kapal berkenaan tiba bersama kapal tunda di jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, pada 11.30 pagi ini.

Awal hari ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan kes empat anak kapal warga tempatan dipercayai diculik di kawasan sempadan dekat Pulau Ligitan, kira-kira 6 petang semalam.

Difahamkan, lapan lelaki bersenjata api menculik empat warga tempatan dikenali sebagai Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata pasukan keselamatan termasuk pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah mendapatkan kerjasama rakan sejawat mereka di Filipina.

“Saya sudah dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah berhubung perkara ini.

"Sehingga ini, pasukan keselamatan kita sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Berjalan Untuk Autisme di Perdana Park, Tanjung Aru, hari ini.

Images: 

culikk

Image: 
GN4id: 
13976397
Lead: 

Tawau: Empat anak kapal diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berkaitan empat warga tempatan yang dilarikan di perairan berhampiran Pulau Ligitan Semporna.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853