Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bayi maut dihempas

$
0
0
Utama

ya_t@hmetro.com.my

Sepang: Bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan maut dipercayai dihempas teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Putra Perdana, Sepang dekat sini, kelmarin.

Mangsa, anak bongsu dari tiga meninggal dunia sebuah klinik ketika sedang mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, sebelum itu, suspek berusia 22 tahun menghantar mangsa ke klinik pada 12 tengah hari selepas bayi itu tidak sedarkan diri, didakwa akibat terjatuh di rumah.

"Pihak klinik memberikan bantuan pernafasan kira-kira 30 minit sebelum mereka menghubungi Hospital Putrajaya (HPj) untuk tindakan lanjut, bagaimanapun doktor dari hospital berkenaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 2 petang,"katanya.

Menurut sumber, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

"Laporan bedah siasat mendapati sebab utama kematian mangsa adalah pendarahan di kepala dan pendarahan pada bahagian perut akibat hentakan objek tumpul," katanya.

Berikutan itu, teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sendiri ditahan di Hospital Serdang selepas selesai bedah siasat, manakala ibu mangsa yang juga pegawai Imigresen ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh kira-kira 8 malam tadi untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan siasatan, ibu mangsa mengalami masalah rumah tangga sejak akhir tahun lalu dan bapa kandung mangsa kini sedang menjalani latihan asas di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan selama sembilan bulan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita itu tidak lagi berhubung dengan suaminya sejak awal tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari rumah mertuanya di Sungai Buloh dan menyewa bersama dua lagi anak perempuannya di Putra Perdana.

"Soal siasat mendapati mangsa dihempas ke lantai selepas teman lelakinya naik berang kerana mangsa menangis untuk mengikut ibunya keluar untuk pergi kerja, malah ibu mangsa juga dikatakan sering memukul anak-anaknya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Images: 

1416cuffs1

Image: 
GN4id: 
13967568
Lead: 

Sepang: Bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan maut dipercayai dihempas teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Putra Perdana, Sepang dekat sini, kelmarin.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853