Alor Setar: Seorang daripada dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan rambang ke arah Balai Pengawal dan Menara Kawalan Jabatan Penjara Alor Setar, di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 11.02 malam sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, wadar bertugas melihat seorang lelaki melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol automatik ke arah Penjara Alor Setar.
"Tembakan berkenaan terkena Balai Pengawal dan Menara Kawalan yang sedang dikawal wadar bertugas, namun tiada kecederaan berlaku.
"Polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian untuk membantu siasatan," katanya.
Katanya, pihaknya masih menyiasat motif kejadian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh.
bedilan.JPG
Alor Setar: Seorang daripada dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan rambang ke arah Balai Pengawal dan Menara Kawalan Jabatan Penjara Alor Setar, di sini, malam tadi.