Shah Alam: Tiada kejadian buli berlaku terhadap murid di sekolah di Klang yang mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri minggu lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebaliknya murid tahun dua itu cedera pada lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya.
Katanya, tiada sebarang bukti diperolehi sepanjang siasatan yang dijalankan sejak 25 Mac lalu bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit dipaksa sekumpulan pelajar menggunting lidahnya.
"Berdasarkan laporan yang dibuat guru sekolah itu turut mendapati, tiada sebarang keterangan sokongan yang boleh membabitkan pelajar lain dalam kes berkenaan.
"Kes dianggap selesai kerana murid itu bukan dibuli dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian diri sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tadi.
Abdul Samah berkata, tiada tindakan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan.
Dalam kejadian Khamis minggu lalu, murid tahun dua mendakwa dipaksa menggunting hujung lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid senior ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.
lidahs.jpg
Shah Alam: Tiada kejadian buli berlaku terhadap murid di sekolah di Klang yang mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri minggu lalu.