Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

41 syarat parol

$
0
0
Utama

hadinata@hmetro.com.my

Shah Alam: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, 50, menjalani tahanan kediaman di rumahnya di sini selama dua bulan mulai hari ini hingga 27 Mei ini.

Beliau dibebaskan dengan parol tengah hari tadi selepas enam bulan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Dr Mohamad Khir tiba di rumahnya dekat sini kira-kira 7 malam tadi.

Difahamkan beliau perlu mematuhi 41 syarat parol antaranya tidak dibenarkan bercakap dengan media, mengeluarkan kenyataan di media sosial serta melaporkan diri di balai polis.

Dr Mohamad Khir juga mesti berada di kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya serta berada di kediamannya setiap hari antara 7 malam hingga 7 pagi.

Kenalan beliau, Ab Jalil Becker berkata, Dr Mohamad Khir perlu mematuhi semua syarat ditetapkan.

Difahamkan, Dr Mohamad Khir akan dibebaskan sepenuhnya selepas dua bulan jika Lembaga Parol berpuas hati beliau memenuhi syarat ditetapkan.

Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 50, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah terbabit pada 23 Disember 2004.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 29 September tahun lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara ke atas Dr Mohamad Khir yang didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam pada 2007.

Images: 
GN4id: 
13910333
Lead: 

Shah Alam: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, 50, menjalani tahanan kediaman di rumahnya di sini selama dua bulan mulai hari ini hingga 27 Mei ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853