Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Perampas tuntut mahu jumpa bekas isteri

$
0
0
Utama

Kaherah: Perampas pesawat Airbus 320 EgyptAir yang kini mendarat di Larnaca, Cyprus, dikenali sebagai rakyat Mesir, Ibrahim Samaha, dan pihak berkuasa percaya dia merampas pesawat itu kerana masalah peribadi, bukannya ada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Ibrahim mempunyai bekas isteri di Cyprus dan menurut saksi, dia dilihat mencampakkan apron ke landasan dengan tulisan Arab di atasnya meminta disampaikan kepada bekas isterinya.

Pihak berkuasa kemudian memberitahu dia menuntut mahu bekas isterinya itu dibawa berjumpanya. Wanita berkenaan tinggal di sebuah kampung, Oroklini, tidak jauh dari lapangan terbang,.

Jurucakap kerajaan Mesir Hossam al-Queish memberitahu CBC TV, perampas berkenaan mengarahkan pesawat ke Istanbul, Turki, namun juruterbang memberitahu minyak tidak mencukupi untuk berbuat demikian.

Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Ibrahim mempunyai bom atau tidak.

Sehingga kini, hanya ada empat penumpang rakyat asing bersama tujuh anak kapal termasuk juruterbang berada dalam pesawat itu manakala 48 penumpang lagi sudah dibebaskan.

Pengarah lapangan terbang Iskandariah, Hossni Hassan, berkata ada 26 rakyat asing dalam pesawat itu iaitu lapan rakyat Amerika Syarikat, empat Britain, empat Belanda, dua Belgium, seorang Perancis, seorang Itali, dua Greece dan seorang Syria manakala tiga lagi penumpang rakyat asing belum dikenal pasti.

Images: 

rmpas.jpg

Image: 

gyp2.jpg

Image: 

gypt3.jpg

Image: 
GN4id: 
13903926
Lead: 

Kaherah: Perampas pesawat Airbus 320 EgyptAir yang kini mendarat di Larnaca, Cyprus, dikenali sebagai rakyat Mesir, Ibrahim Samaha, dan pihak berkuasa percaya dia merampas pesawat itu kerana masalah peribadi, bukannya ada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853