Seremban: Kerajaan negeri akan menanggung kos membaik pulih dua ratus kediaman rosak akibat ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Ampangan, Paroi dan Sikamat, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya sudah melantik beberapa kontraktor untuk menjalankan kerja membaik pulih 160 rumah di Ampangan dan empat puluh di Sikamat.
Menurutnya, segala kos itu akan ditanggung kerajaan negeri dan tiada kemusnahan harta benda lain dilaporkan.
“Sekiranya ada keperluan, kerajaan negeri akan meminta bantuan agensi lain seperti bantuan kecemasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya yang melawat kawasan yang dilanda ribut, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, ribut dan hujan lebat turut menyebabkan pokok tumbang dan beberapa kenderaan rosak dihempap pokok.
ributt

Seremban: Kerajaan negeri akan menanggung kos membaik pulih dua ratus kediaman rosak akibat ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Ampangan, Paroi dan Sikamat, semalam.



