Bachok: Setiap kali menjelang tengah hari dan petang, penduduk tempatan berdekatan pesisir Pantai Melawi, di sini, akan ke pantai untuk mengutip ikan.
Mereka mendakwa sejak Khamis lalu, ikan 'timbul' di pesisir pantai itu yang kebanyakannya sudah mati dan sesuai dijadikan ikan kering atau dibuat gulai.
Penduduk, Mohamad Sulaiman, 63, berkata ikan mati timbul di pesisir pantai bukan pelik, namun sudah jarang berlaku sejak 25 tahun dia menduduki kawasan itu.
Penduduk, Faridah Ismail, 47, berkata dia dan ahli keluarganya tidak melepaskan peluang mengutip ikan kerana masih segar terutama bersaiz kecil.
"Sesuai dengan cuaca panas ketika ini, saya hanya perlu buang isi perut dan jemur ikan ini untuk dijadikan ikan kering,” katanya.
Bagi Roihanah Rashid, 27, pula, dia pertama kali melihat kejadian itu sejak berpindah berdekatan pantai setahun lalu.
Dia juga sempat memenuhkan beg plastik kecil dibawa dengan hasil ikan dalam tempoh kurang lima minit.
ikee

Bachok: Setiap kali menjelang tengah hari dan petang, penduduk tempatan berdekatan pesisir Pantai Melawi, di sini, akan ke pantai untuk mengutip ikan.



