Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ecah nak berdikari [METROTV]

$
0
0
Mutakhir

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Sabak Bernam: "Selagi terdaya, kalau boleh saya nak buat semua benda tanpa bantuan orang lain termasuk mempersiapkan diri ke sekolah.

"Memang terbeban kerana segala pergerakan terhad tetapi saya juga perlu membiasakan diri,”.

Itu kata Nuraisyah Sahrin, 13, yang bersiap seawal 6 pagi untuk memulakan sesi persekolahan semula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Bagan Terap selepas lebih sebulan menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Siti Nuraisyah yang lebih mesra disapa Ecah tiba di sekolah berkenaan menggunakan kerusi roda dan kelihatan bersemangat serta teruja terutama apabila dapat bertemu rakan dan guru.

"Saya bangun pada awal pagi dan mandi serta bersiap sendiri dan keluarga hanya membantu sekiranya saya memerlukan. Mereka memantau pergerakan terutama ketika masuk ke bilik air dengan berkerusi roda.

"Saya tiba di sekolah pada 7 pagi ditemani keluarga dan pihak sekolah serta rakan lain menyambut baik termasuk bertanyakan khabar dan perkembangan mengenai keadaan saya.

"Rindu pada mereka semua. Saya kemudiannya menyertai perhimpunan sekolah serta menyanyikan lagu negaraku bersama guru dan pelajar lain," katanya ketika ditemui Harian Metro di SMK Bagan Terap, pagi tadi.

Berkongsi sepanjang hari pertama persekolahan, katanya, dia berjanji akan belajar bersungguh- sungguh untuk berjaya pada masa depan.

"Walaupun keadaan tak sama macam pelajar lain, saya harap dapat belajar dengan baik demi masa depan. Terima kasih kepada guru, rakan dan orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya.

Bapa tiri Ecah, Roslan Sardi, 40, berkata dia gembira anaknya dapat kembali ke sekolah.

"Alhamdulillah, pihak sekolah dan rakan Ecah juga menyambut kehadirannya dengan baik dan saya lihat dia (Ecah) memang teruja untuk memulakan sesi persekolahan.

"Sejak dia pulang daripada HTAR, dia kerap bertanya kepada saya dan isteri bila dia boleh bersekolah semula. Saya beritahunya kemungkinan besar pada 21 Mac dan syukur pada hari ini semuanya berjalan lancar.

"Malam tadi juga dia tidur awal dan tepat 6 pagi dia sudah bangun untuk bersekolah selain mempersiapkan diri antaranya mandi dan memakai kelengkapan sekolah sendiri selebihnya dibantu saya dan ibunya," katanya.

Katanya, buat sementara waktu iaitu pada Isnin dan Khamis, Ecah akan menjalani rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam termasuk membersihkan luka dan fisioterapi selepas tamat sesi persekolahan.

"Rawatan itu akan dilakukan secara berterusan sehingga keadaannya benar-benar pulih," katanya.

Sementara itu, pengetua SMK Bagan Terap, Ismail Md Yatim berkata, pihaknya memanjatkan kesyukuran selepas Ecah semakin pulih dan dapat memulakan sesi persekolahan semula selepas terbabit insiden kemalangan itu.

"Sekolah menyediakan prasarana bersesuaian termasuk lima laluan kerusi roda khas membabitkan kantin, surau, makmal , tandas dan sebagainya bagi memudahkan pergerakannya serta pengubahsuaian kelas bagi memudahkan pembelajarannya.

"Kami juga menyediakan modul pembelajaran khas untuknya memandangkan dia tertinggal beberapa sesi pembelajaran ketika tempoh mendapatkan rawatan di hospital.

"Guru di sekolah ini juga akan sentiasa memberi bimbingan dari segi keperluan pembelajaran yang diperlukan. Kami harap Ecah dapat menjalani pembelajaran dengan selesa dan berkesan," katanya.

Katanya, dia melihat pelajar tingakatan satu itu sebagai seorang yang tabah dan segera mahu bersekolah demi masa depan yang cemerlang.

"Pihak kami sedia membantu Ecah dan mengambil alternatif sewajarnya termasuk mengadakan kelas tambahan khas untuknya selepas selesai sesi persekolahan," katanya.

Dalam kejadian 3.30 petang pada 18 Januari lalu, Ecah yang membonceng motosikal Honda EX5 ditunggang kakak tirinya, Syahmin Amira Roslan, 14, terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

Remaja berkenaan yang terjatuh di atas jalan raya selepas motosikal itu bergesel dengan kereta, tidak sempat bangun, lalu digilis lori sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya putus.

Images: 

ecahs.png

Image: 
GN4id: 
13742237
Lead: 

Sabak Bernam: "Selagi terdaya, kalau boleh saya nak buat semua benda tanpa bantuan orang lain termasuk mempersiapkan diri ke sekolah.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Ecah nak berdikari
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853