Kuala Lumpur: Seorang pekerja di pusat asuhan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi berusia satu hari di sebuah hospital swasta di Gombak, dua minggu lalu.
Tertuduh, Nik Rahimah Nik Mohd Nawi, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu bagi maksud eksploitasi pada 1.25 petang, 3 Ogos lalu di Gombak Medical Centre di Taman Sri Gombak, Batu Caves, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 18 September depan.
Akhbar ini secara eksklusif bermula 3 Ogos lalu membongkar sindiket penjualan bayi yang beroperasi di Selayang dan Rawang dengan mengeksploitasi remaja dan wanita terlanjur.
18anak