PERENANG negara, Welson Sim akan beraksi dalam dua acara di Sukan Olimpik Rio 2016 Ogos ini.
Ini berikutan kejayaannya melepasi hak kelayakan masa secara merit untuk acara 200 meter gaya bebas.
Welson yang mengesahkan tiket Olimpik dalam acara 400 meter gaya bebas, hari ini, sekali lagi cemerlang di kejohanan Singapore Finance National Age Group Championship 2016.
Dia menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan satu minit 47.67 saat, melepasi had kelayakan iaitu 1:47.97s.
Dia menjadi perenang pertama layak secara merit dalam dua acara di temasya Olimpik.
Kejayaan Welson itu menjadikan dia atlet ke-12 layak ke Olimpik selepas atlet terjun (5), memanah (1), menembak (1), basikal (2), pelayaran (2).
simm

PERENANG negara, Welson Sim akan beraksi dalam dua acara di Sukan Olimpik Rio 2016 Ogos ini.



