Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

112 maut, 85 bomba hilang

$
0
0
Utama

Tianjin: Jumlah kematian akibat letupan gudang kimia yang menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan bandar raya Tianjin meningkat kepada 112 orang dan 95 lagi termasuk 85 orang anggota bomba, masih hilang.

Selepas empat hari bencana iu, 720 orang masih dirawat di hospital yang memusnahkan kawasan industri, bangunan dan ribuan keretau untuk eskport yang disimpan di pelabuhan berkenaan.

Sabtu lalu, President Xi Jinping mendesak pihak berkuasa meningkatkann tahap keselamatan dan mengambil iktibar daripada bencana itu.

Pihak berkuasa memindahkan penduduk yang berlindung dalam sekolah berdekatan kawasan bencana berikutan tiupan angin kerana bimbangkan ada toksik merebak melalui udara. Pihak berkuasa mengesahkan ada toksik akibat bencana itu tetapi tidak membahayakan keselamatan orang ramai di luar kawasan bencana.

Shi Luze, Ketua Turus Wilayah Beijing Angkatan Tentera Pembebasan Rakyat China, Shi Luze, mengesahkan ada lebih 100 tan sodium sinida yang bahaya di dua lokasi dan pekerja sedang memindahkannya sebelum hujan.

Difahamkan, kira-kira 6,300 orang kehilangan tempat tinggal atau dipindahkan akibat bencana yang bermula dengan letupan kuat yang gegarannya boleh dirasai sejauh tiga kilometer.

Kira-kira 100 penduduk berhampiran kawasan bencana ditempatkan di hotel. - Reuters

Images: 

BLAST.jpg

Image: 

tnjn2.jpg

Image: 

tnjin5a.jpg

Image: 

tnjin5.jpg

Image: 
GN4id: 
9826923
Lead: 

Tianjin: Jumlah kematian akibat letupan gudang kimia yang menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan bandar raya Tianjin meningkat kepada 112 orang dan 95 lagi termasuk 85 orang anggota bomba, masih hilang.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853