Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Khairul tak dapat berdiri

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Pesakit lelaki yang mengalami masalah obesiti terpaksa diusung turun dari tingkat tiga Pangsapuri Cempaka, Serendah, menggunakan khidmat bomba sebelum dihantar ke hospital, hari ini.

Muhd Khairul Hidayat Taslim, 26, yang mempunyai berat 180kg terpaksa dibantu kerana mengalami masalah sakit pinggang dan kaki menyebabkannya tidak boleh berdiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan, berkata pesakit dibawa turun menggunakan pengusung, pada 4.30 petang.

Katanya, Muhd Khairul kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

"Khidmat khas ini bertujuan membantu hospital. Usaha membawa turun mengambil kira-kira 20 minit," katanya.

Images: 

beratt

Image: 
GN4id: 
13681718
Lead: 

Kuala Kubu Bharu: Pesakit lelaki yang mengalami masalah obesiti terpaksa diusung turun dari tingkat tiga Pangsapuri Cempaka, Serendah, menggunakan khidmat bomba sebelum dihantar ke hospital, hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853