Putrajaya: Kementerian Kesihatan setakat hari ini menerima 14 laporan masalah kesihatan berkait keadaan cuaca panas malampau, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah sejak 1 Mac lalu merangkumi 11 kes kelesuan haba (heat exhaustion) dan tiga kes strok haba.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar dan fizikal bagi mengelak daripada terdedah secara terus kepada cahaya matahari dan cuaca panas melampau.
"Mereka dinasihatkan minum air mencukupi kerana kekurangan air dalam badan adalah faktor paling asas menyumbang kejadian kelesuan haba dan menjadi lebih teruk sehingga boleh menyebabkan seseorang itu diserang strok haba.
"Pada masa sama, agensi kerajaan terutama beruniform dinasihatkan mempertimbangkan untuk mengurangkan aktiviti luar bagi memastikan pelatih atau pekerja tidak terdedah kepada cuaca panas melampau," katanya pada sidang media hari ini.
19air

Putrajaya: Kementerian Kesihatan setakat hari ini menerima 14 laporan masalah kesihatan berkait keadaan cuaca panas malampau, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.



