Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Chong Wei ke final Kejohanan Dunia

$
0
0
Utama

saifulaffendy@hmetro.com.my

Jakarta: Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan mara ke pentas final Kejohanan Dunia selepas menewaskan pilihan kedua dari Denmark Jan O Jorgensen 21-7, 21-19, malam tadi.

Berlangsung di Istora Senayan, Chong Wei nyata tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawannya itu apabila mudah memenangi set pertama sebelum diberi saingan di set kedua.

Kemenangan itu bakal menyaksikan Chong Wei akan sekali lagi bertemu jaguh China yang juga juara bertahan Chen Long pada pentas final esok selepas tewas di final tahun lalu.

"Perlawanan tadi sebenarnya tidak mudah kerana Jorgensen hanya hilang fokus di set pertama.

"Untuk final esok, saya akan bermain bermati-matian dan fokus sehingga tamat perlawanan.

"Ini mungkin peluang terakhir untuk memenangi Kejohanan Dunia. Paling penting saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Untuk rekod, final esok adalah yang keempat untuk Chong Wei bermula pada 2011, 2013 dan 2014.

Images: 

cw.png

Image: 
GN4id: 
9816510
Lead: 

Jakarta: Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan mara ke pentas final Kejohanan Dunia selepas menewaskan pilihan kedua dari Denmark Jan O Jorgensen 21-7, 21-19, malam tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853