Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Search setuju beri satu tiket percuma

$
0
0
Mutakhir

georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peminat yang sudah membeli tiket Konsert Search 35 Tahun yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini akan diberi satu lagi tiket secara percuma selepas penganjur menunda konsert berkenaan dari tarikh asalnya pada 9 April.

Wakil penganjur dari Afjets Sdn Bhd Shamil Yusof berkata, inisiatif itu dipersetujui oleh semua anggota Search iaitu Amy (penyanyi), Nasir (bass), Din (gitar), Kid (gitar) dan Yazit (dram) sebagai tanda penghargaan buat peminat mereka.

“Kami amat berbesar hati untuk menambah satu tiket percuma untuk mereka yang sudah membeli tiket. Search sendiri dengan rela hati mahu memberikan imbuhan itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bangsar, di sini, hari ini.

Kelmarin, penganjur mengumumkan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya berlangsung pada 9 April ini di Stadium Merdeka ditunda atas faktor keselamatan berikutan kerja-kerja pembinaan di sekitar stadium berkenaan.

Penganjur turut menafikan konsert berkenaan ditunda disebabkan penjualan tiket kurang laris.

Images: 

sha1

Image: 
GN4id: 
13612697
Lead: 

Kuala Lumpur: Peminat yang sudah membeli tiket Konsert Search 35 Tahun yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini akan diberi satu lagi tiket secara percuma selepas penganjur menunda konsert berkenaan dari tarikh asalnya pada 9 April.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853