Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Hilang di Madinah ditemui di Makkah

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Keadaannya tidak terurus dan menyedihkan dengan tangan kanan bengkak, kaki kanan berdarah serta pakaian comot.

"Saya yakin dia beberapa hati tidak makan dan tidak pulang ke tempat penginapan,” kata Kata Ketua Operasi Tabung Haji (TH) Travel & Services, Mohd Izzat Zul Husni, 28, mengenai seorang jemaah, Awang Harun yang hilang di Madinah ketika menunaikan umrah sejak 10 Mac lalu.

Menurutnya, Awang dijumpai pada 10.40 pagi semalam, di Perkarangan Hotel Shohada, Makkah, dalam keadaan tidak mengenakan baju ihram sebaliknya hanya berbaju kuning.

“Pihak kami berusaha membantunya dengan memberikan makanan dan menukar pakaiannya yang comot, tidak terurus dan ada kesan cedera di tangan dan kaki.

"Saya mengambil gambar jemaah ini dan memuat naik di Facebook (FB) saya mengenai kehilangannya sejak beberapa hari lalu tanpa disedari ia menjadi viral.

"Alhamdulillah, kami mendapat maklumat daripada pengguna FB yang mendengar mengenai kehilangan lelaki itu ketika menunaikan umrah serta maklumat mengenai agensi pelancongan menguruskan pakej umrah jemaah berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro di Makkah, petang ini.

Mohd Izzat berkata, selepas tiga jam pihak agensi pelancongan itu tiba di perkarangan Hotel Shohada untuk membawa Awang pulang ke tempat penginapan.

"Saya ada bertanya kepada Awang untuk mendapatkan maklumat dan butiran dirinya namun malangnya dia tidak ingat apa-apa.

"Cuma dia menyebut nama seorang anaknya iaitu Hidayah. Cara dia bercakap juga susah saya untuk difahami," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan agensi pelancongan itu, pihaknya diberitahu warga emas berkenaan hilang sejak Khamis lalu, pada 12.30 tengah hari selepas menunaikan solat Zuhur di Madinah.

"Saya dimaklumkan jemaah ini kemudiannya hilang, tidak berada bersama isteri serta rombongan lain memaksa mereka berlepas ke Makkah berikutan masa sudah ditetapkan.

"Saya juga tidak pasti bagaimana jemaah ini berada di Makkah sedangkan dia hilang ketika di Madinah. Kami masih menjalankan pemeriksaan lanjut berhubung perkara itu," katanya.

Menurut Mohd Izzat, pihaknya menyarankan kepada agensi pelancongan itu supaya sentiasa mengawasi pergerakan jemaah berkenaan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Awang memerlukan pemantauan rapi. Kami juga dimaklumkan pihak agensi pelancongan sudah menyerahkannya kepada isteri serta rombongan jemaah lain.

"Mereka dijangka pulang 16 Mac dan akan tiba di Malaysia pada Khamis,” katanya.

Images: 

awangg2.jpg

Image: 
GN4id: 
13609206
Lead: 

Kuala Lumpur: “Keadaannya tidak terurus dan menyedihkan dengan tangan kanan bengkak, kaki kanan berdarah serta pakaian comot.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853