Mutakhir
Miri: Seluas 32 hektar kawasan hutan di Kuala Baram Lama dan Universiti Curtin terbakar, sejak petang semalam.
Kebakaran dipercayai perbuatan khianat itu berlaku pada kira-kira 3 petang.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata sehingga ini, bomba dari Balai Bomba Lopeng, Miri dan kakitangan syarikat milik tanah itu sedang berusaha memadamkan kebakaran itu.
Menurutnya, bomba turut menemui lingkaran abu ubat nyamuk di kawasan terbakar itu.
"Bomba percaya ia adalah perbuatan khianat. Selain itu, tindakan pembakaran terbuka juga mengakibatkan api terus merebak. Tapi, masih dapat dikawal," katanya.
Images:
khianat
Submitted by gn4 on Sat, 03/12/2016 - 21:31
Image:
GN4id:
13562340
Lead:
Miri: Seluas 32 hektar kawasan hutan di Kuala Baram Lama dan Universiti Curtin terbakar, sejak petang semalam.
Image (Listing Featured):
Image (Listing thumbnail):
Image (Thumbnail):
Image (Variasi):