Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Didakwa edar kokain RM65 juta

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar kokain seberat 278,342 gram (g) bernilai RM65 juta, Februari lalu.

Tertuduh, Yu Beng Chuah, 49, dari Simpang Ampat, Nibong Tebal, di sini, dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Dianne Nigrat Nor Azahar.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stor Logistik Kompleks Pencegah Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) beralamat di Lot 356 dan 357 Jalan Perusahaan Seberang Prai, jam 4.49 petang pada 24 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Abdul Malik Awang Kechik dan tertuduh diwakili Eddy Kwang.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Images: 
GN4id: 
13541784
Lead: 

Bukit Mertajam: Pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar kokain seberat 278,342 gram (g) bernilai RM65 juta, Februari lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853