Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua anakku, tengoklah ayah di televisyen ...

$
0
0
Mutakhir

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon popular Awie, 48, mengakui menerima tanggungjawab sebagai juri program Ceria Pop Star musim keempat tahun ini kerana mahu mengubat rindu dua anaknya yang kini bersama bekas isteri Rozana Misbun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dua anaknya iaitu Putera Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, kini tinggal bersama Rozana sejak setahun lalu.

Seorang lagi anak mereka, Putera Ahmad Merah, 9, tinggal bersama Awie.

Awie berkata, dia berharap dua anaknya itu dapat mengubat rindu dengan melihat wajahnya di televisyen apabila dia menjadi juri program itu yang mula ditayangkan pada 25 Mac ini.

“Ia adalah program realiti kanak-kanak. Jadi, rasanya mereka akan tertarik untuk menontonnya dan secara tidak langsung mereka akan dapat tengok wajah saya," katanya yang turut berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya itu.

Images: 

awie

Image: 
GN4id: 
13533139
Lead: 

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon popular Awie, 48, mengakui menerima tanggungjawab sebagai juri program Ceria Pop Star musim keempat tahun ini kerana mahu mengubat rindu dua anaknya yang kini bersama bekas isteri Rozana Misbun.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853