Tanjung Karang: Empat lemas, tiga selamat serta tiga lagi masih hilang selepas sebuah bot yang membawa 10 orang karam di dua batu nautika dari pantai bagan Sungai Kajang, dekat sini kira-kira jam 7 petang tadi.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.04 petang dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, empat mayat membabitkan tiga wanita dan seorang lelaki ditemui di sekitar lokasi kejadian manakala tiga lagi berjaya menyelamatkan diri.
"Tiga lagi mangsa masih hilang dan operasi pencarian dihentikan berikutan cuaca gelap dan akan disambung pagi esok," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa ke laut untuk menjalankan upacara membuang abu mayat.
17lemas