Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Pengikut Millah Abraham didakwa

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Seramai 58 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi, atas pelbagai dakwaan termasuk mengambil bahagian dalam kepercayaan ajaran Millah Abraham.

Kes bermula 9.45 pagi itu menyaksikan setiap individu dipanggil dan direkodkan pengakuan mereka oleh Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab.

Semua tertuduh yang berusia antara 20 tahun hingga 59 tahun dibenarkan jaminan dan sudah mengambil peguam untuk mewakili diri mereka.

Mahkamah menetapkan lima hari bermula 30 Mei ini untuk perbicaraan.

Pada 2 Februari lalu, Farzlie Rahmat, 40; Hamatan Mezi Wahab, 49, dan Sehadle Sa'amah, 35, masing didakwa atas dua tuduhan iaitu menjelaskan doktrin berhubung agama Islam yang berlawanan dengan hukum syarak dan mengajar tanpa tauliah.

iga lagi individu, Nor Azri Baharudin, 48; Mohd Halimin Mohd Nasir, 40; dan Mohd Agus Abu Samah, 39, didakwa dengan sengaja membantu majlis yang dikendalikan Farzlie; Hamatan Mezi serta Sehadle.

Manakala 52 individu lagi didakwa mengambil bahagian bersama dalam majlis dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle.

Images: 

8316court1

Image: 
GN4id: 
13481830
Lead: 

Kuala Lumpur: Seramai 58 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi, atas pelbagai dakwaan termasuk mengambil bahagian dalam kepercayaan ajaran Millah Abraham.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853