Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sekat rancangan Daish culik PM, TPM

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan rancangan kumpulan militan Daish untuk menculik pemimpin tertinggi negara.

Mendedahkan plot jahat itu,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau sendiri selaku Menteri Dalam Negeri berada dalam senarai kumpulan itu.

Beliau berkata, kumpulan militan itu juga merancang memusnahkan masjid Syiah dan rumah ibadat penganut Buddha serta pusat hiburan dan perjudian di dalam negara.

"Tiga belas elemen Daish merancang untuk menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meminta kerajaan menyatakan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan pengganas Daesh di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang ada rancangan oleh Daish untuk menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu, namun rancangan itu berjaya digagalkan.

"Memang ada (rancangan menculik Perdana Menteri). Sudah menjadi tugas polis untuk mencegah sebarang jenayah daripada berlaku dan ini antara tanggungjawab kami," katanya tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Kolej Unikop dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini, hari ini.

Images: 

nrzhhh1

Image: 
GN4id: 
13481341
Lead: 

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan rancangan kumpulan militan Daish untuk menculik pemimpin tertinggi negara.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853