Kuala Lumpur: "Saya tidak merahsiakan berita kehamilan ini kerana ingin berkongsi berita baik ini dengan pihak media dan peminat yang menyokong karier seni selama ini.
"Saya juga mohon maaf kerana tidak dapat memberitahu berapa bulan usia kehamilan kerana biarlah ia untuk pengetahuan keluarga saja.
"Namun, saya berjanji akan berkongsi berita bila bayi kami lahir nanti," kata penyanyi Misha Omar, 34.
Misha berkata, dia bersyukur kerana kebahagiaan rumah tangganya dengan suami, Firos Ezzwan Rossly, 34, akhirnya dilengkapkan dengan kehadiran cahaya mata selepas hampir dua tahun berumah tangga.
"Alhamdulillah, setakat ini, kandungan saya sihat tanpa sebarang alahan dan aktiviti seni juga berjalan seperti biasa," katanya.
misha
Kuala Lumpur: "Saya tidak merahsiakan berita kehamilan ini kerana ingin berkongsi berita baik ini dengan pihak media dan peminat yang menyokong karier seni selama ini.