Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

MH370: Jumpa serpihan kedua?

$
0
0
Utama

Pulau Reunion: Seorang penduduk di sini, yang menemui serpihan dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Julai 2015, menemui serpihan kedua dipercayai milik pesawat sama, pada Khamis lalu.

Menurut laporan AFP, lelaki yang dikenali sebagai Johnny Begue itu menemui ‘flaperon’ tahun lalu dan menyerahkan segera serpihan kedua yang ditemuinya kepada pihak polis.

Johnny berkata, dia sedang berjoging di persisiran pantai ketika ternampak objek yang berukuran 40 x 20 sentimeter (cm) serta terdapat tanda berwarna biru dan kelabu di permukaannya.

Menurutnya, bahan binaannya sama seperti sekeping flaperon yang ditemuinya tahun lalu serta ringan.

Pihak polis tidak menghubungi Johnny selepas dia menyerahkan serpihan itu sejak Khamis lalu, manakala cubaan bagi mendapatkan komen daripada polis juga gagal.

Images: 

08mh

Image: 
GN4id: 
13455463
Lead: 

Pulau Reunion: Seorang penduduk di sini, yang menemui serpihan dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Julai 2015, menemui serpihan kedua dipercayai milik pesawat sama, pada Khamis lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853