Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Kasih tanpa batasan

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Sayang Azizah Ibrahim terhadap kucing jalanan tiada batasnya.

Sehingga ini terdapat 60 ekor kucing dalam peliharaan - dua daripadanya cacat.

Seekor diberi nama ‘Sam’ cacat penglihatan; seekor lagi mengalami masalah saraf selepas koma selama dua minggu akibat kepalanya dipukul oleh seseorang tiga bulan lalu.

Menurut Azizah, 40, Sam diperolehi menerusi laman sosial Facebook apabila seorang pelajar memuatnaik gambarnya yang cedera dan tidak mampu menampung kos rawatan kucing berkenaan.

“Selepas diberi rawatan, doktor tidak dapat menyelamatkan kedua-dua mata Sam. Sehingga kini masih dalam rawatan,” katanya ketika ditemui pada program ‘Craft Pets Day’ sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Laman Wau Kompleks Kraf, di sini hari ini.

Katanya, meskipun kucing itu buta tetapi ia seekor kucing yang cerdik namun sifatnya yang kasar menyebabkan ia kurang digemari oleh kucing-kucingnya yang lain.

Azizah berkata, minatnya memelihara kucing bermula sejak 2012 apabila tindakan seekor kucing peliharaannya menyebabkan rumahnya terselamat daripada terbakar.

“Kucing saya pada waktu itu cuba untuk memberitahu dengan menarik kain saya bahawa kuali di dapur sudah hangus terbakar.

“Nasib baik saya cepat sedar dan berjaya memadamkan api itu,” katanya.

Azizah berkata penyertaannya dalam pameran dan pertandingan kucing itu adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya lebih mendekati dan menyayangi haiwan itu di samping dapat menjual barangan keperluan serta makanan haiwan berkenaan.

Mereka yang berminat dengan kucing-kucingnya itu boleh mengambilnya tanpa bayaran tetapi amat dialu-alukan sekiranya mereka ingin memberi sumbangan.

Ini untuk keperluan kucing yang dipeliharanya bagi meringankan kos perbelanjaan sebanyak kira-kira RM2,000 sebulan.

Pertandingan itu merupakan antara acara sempena sambutan HKK kali ke-14 yang bermula pada 24 Feb lalu hingga 6 Mac dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pertandingan itu turut disertai beberapa kucing import mengikut kategori masing-masing seperti kucing jenis Maine Coon, Parsi dan Siam.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata kira-kira 100 ekor kucing jalanan yang telah diselamatkan, dijaga dan divaksin menyertai pertandingan itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Beliau berkata kucing yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima beberapa hadiah termasuk hadiah yang ditempah khas dari luar negeri, piala, dan makanan khas untuk kucing.

“Walaupun pemilik kucing yang menjaga dan memelihara kucing jalanan itu tidak diberikan insentif tetapi mereka boleh menyertai setiap pertandingan dalam usaha menarik orang ramai supaya menyayangi kucing jalanan,” katanya. - Bernama

Images: 

07kucing

Image: 
GN4id: 
13446773
Lead: 

Kuala Lumpur: Sayang Azizah Ibrahim terhadap kucing jalanan tiada batasnya.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853