Georgetown: Seorang wanita berusia 30-an kini dalam keadaan kritikal selepas kereta Perodua Alza yang dipandunya merempuh dinding sebelum terjatuh dari tempat parkir di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Taman Pekaka, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa M Latchumani, 30, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri.
Komander operasi dari Balai Bomba Jalan Perak Penguasa Kanan Bomba II Kamarul Ariffin Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.32 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan sebelum rawatan awal diberikan seorang doktor yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
"Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian yang dan operasi selesai pada 1 petang," katanya.
jatuh.jpg