Jempol: Pekerja kilang sawit terbunuh akibat tergelincir dalam mesin pengangkut bahan bakar di kilang di Lebuhraya Keratong, Bandar Seri Jempol, di sini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata Nik Rizal Mohamad Azam, 26, yang baru dua minggu bekerja sedang mengendalikan mesin memproses hampas sawit.
Katanya, mangsa dipercayai tergelincir masuk ke dalam mesin dalam kejadian tengah hari semalam.
Kejadian disaksikan penyelia kilang berusia 40-an yang kemudian bergegas menutup suis mesin.
"Bagaimanapun, tindakannya agak terlambat apabila mangsa meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, sebaik mendekati mesin itu, Nik Rizal didapati tertiarap dan tidak bergerak.
"Sehubungan itu, penyelia terbabit memaklumkan kejadian itu kepada majikan dan menghubungi hospital.
"Pegawai perubatan yang tiba 10 minit kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.
gajii
Jempol: Pekerja kilang sawit terbunuh akibat tergelincir dalam mesin pengangkut bahan bakar di kilang di Lebuhraya Keratong, Bandar Seri Jempol, di sini.