Shah Alam: Dua polis dan pembantu restoran cedera diserang lelaki dengan pemutar skru di restoran di Seksyen 7, Shah Alam.
Koperal Reyme Anuar, 48; Lans Koperal Syamsul Nurhisyam Yaakup, 37, dan lelaki Thailand berusia 26 tahun cedera di kening, rusuk dan dahi dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata suspek 48 tahun itu dikatakan datang ke restoran kerana mempunyai masalah peribadi dengan lelaki Thailand terbabit.
“Suspek kemudiannya mengamuk. Anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tingkat satu restoran itu untuk menenangkan suspek.
“Tapi, mereka pula diserang. Dengan bantuan anggota polis lain yang dipanggil, suspek ditahan dan pemutar skru dirampas," katanya.
Menurutnya, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan menghalang tugas penjawat awam.
gariiii
Shah Alam: Dua polis dan pembantu restoran cedera diserang lelaki dengan pemutar skru di restoran di Seksyen 7, Shah Alam.