Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sangka serpihan pesawat ringan [METROTV]

$
0
0
Utama

Maputo, Mozambique: Lelaki Amerika Syarikat yang menemui serpihan pesawat dipercayai milik Boeing 777 dan berkemungkinan besar dari pesawat MH370 di pantai Mozambique, menyangka ia komponen pesawat yang lebih kecil.

Dalam temuramah dengan AP hari ini, Blaine Gibson yang melakukan carian serpihan MH370 di pantai Mozambique dan Madagascar beliau berkata, seorang pemandu bot, Paluma, yang membawanya ke satu beting pasir memanggilnya selepas ternampak serpihan yang tercetak tulisan ‘NO STEP’ di atasnya.

Menurutnya, penemuan itu berlaku selepas dia membuat keputusan ke kawasan laut yang lebih terbuka pada hari terakhirnya di bandar Vilankulo, Mozambique.

Serpihan itu dipercayai penstabil mendatar di bahagian ekor pesawat Boeing 777, jenis pesawat yang sama dengan MH370.

Tahun lalu, penyiasat menemui serpihan sayap pesawat MH370 di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

Images: 

gibb.jpg

Image: 
GN4id: 
13402876
Lead: 

Maputo, Mozambique: Lelaki Amerika Syarikat yang menemui serpihan pesawat dipercayai milik Boeing 777 dan berkemungkinan besar dari pesawat MH370 di pantai Mozambique, menyangka ia komponen pesawat yang lebih kecil.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Serpihan MH370 di Mozambique
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853