Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Berkemungkinan besar serpihan B777

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai , menyatakan ada kemungkinan besar serpihan pesawat yang dipercayai penstabil mendatar yang ditemui di pantai Mozambique milik pesawat Boeing 777, model pesawat sama seperti MH370.

Melalui Twitter, beliau berkata: “Berdasarkan laporan awal, berkemungkinan besar serpihan itu daripada pesawat Boeing 777.”

Bagaimanapun, buat masa ini beliau tidak dapat mengesahkan ia adalah milik pesawat MH370 dan Malaysia bekerjasama dengan Australia untuk membawa pulang serpihan itu.

“Saya berharap semua orang mengelak membuat spekulasi kerana buat masa ini, kita belum dapat mengesahkan serpihan itu milik MH370,” katanya.

Serpihan itu dilaporkan ditemui di pesisiran pantai antara Mozambique dan Madagascar, dipercayai penstabil mendatar pesawat Boeing 777 oleh seorang lelaki Amerika yang menyiasat kehilangan pesawat itu.

Tahun lalu, penyiasat menemui serpihan sayap pesawat MH370 di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

Images: 

b77.jpg

Image: 
GN4id: 
13387876
Lead: 

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai , menyatakan ada kemungkinan besar serpihan pesawat yang dipercayai penstabil mendatar yang ditemui di pantai Mozambique milik pesawat Boeing 777, model pesawat sama seperti MH370.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853