Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ada tradisional, ada moden

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Melaka: Penduduk dan pengujung ke Melaka sudah tentu akan terpesona dengan pelbagai warna dan corak layang-layang yang diterbangkan pada Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang.

Seratus dua puluh pelayang daripada 36 negara akan mempamerkan kemahiran mereka mengendali layang-layang.

Acara pembukaannya dilakukan malam tadi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan berakhir hari ini.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka, Datuk Ghazale Muhamad memberitahu ia dijangka menarik kehadiran 10,000 pengunjung termasuk pelancong luar negara.

“Pengunjung akan dapat menyaksikan pelbagai reka bentuk layang-layang sama ada tradisional dan moden serta ditambah dengan pelbagai keunikan termasuk lampu pada layang-layang yang layang-layang turut diterbangkan pada waktu malam.

“Acara tahunan kali kedua ini adalah serampang dua mata kerana pesertanya adalah duta kecil untuk mempromosikan sektor pelancongan Melaka apabila mereka pulang ke negara masing-masing,” katanya.

Ghazale berkata, untuk penganjuran akan datang, kerajaan negeri akan meminta penganjur menganjurkan festival lebih daripada dua hari dan diadakan pada hujung minggu untuk menarik lebih ramai pengunjung. - Bernama

Images: 

layang1

Image: 

layang2

Image: 
GN4id: 
13377882
Lead: 

Melaka: Penduduk dan pengujung ke Melaka sudah tentu akan terpesona dengan pelbagai warna dan corak layang-layang yang diterbangkan pada Festival Layang-Layang Antarabangsa Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853