Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Poe terlantar di PPUKM

$
0
0
Mutakhir

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi yang popular dengan lagu Ala Lala Tok (Jangan Saman), Poe kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, akibat serangan angin ahmar, Sabtu lalu.

Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 60, sebelum itu dimasukkan ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan pada jam 1 tengah hari selepas mengadu sakit pada malam sebelumnya.

Isterinya, Nor Aisyah Zakaria, 50, berkata, sehari sebelum itu mereka sekeluarga pergi ke Rembau bagi menghadiri majlis anjuran keluarga selepas suaminya itu selesai mengadakan persembahan di sebuah hotel di Ipoh, Perak.

“Dia nampak seronok kerana dia akan buat persembahan, tetapi tengah malam itu (Jumaat) dia mengadu sakit tetapi kami ingatkan tidak serius.

“Esoknya kami membawa dia ke Hospital Tampin dan doktor mengesahkan suami diserang angin ahmar,” katanya.

Akibat penyakit itu, Poe yang juga bekas anggota kumpulan Rampa kini tidak mampu untuk bercakap tetapi sudah mula sedar serta boleh bergerak dan berjalan.

Nor Aisyah berkata, mereka turut meminta Poe dipindahkan ke PPUKM pada hari yang sama memandangkan anak mereka masih bersekolah di sini.

“Dia kini mendapat rawatan rapi daripada doktor. Sekiranya keadaannya stabil, dia mungkin dibenarkan keluar dalam masa terdekat ini,” katanya.

Menurut Nor Aisyah, suaminya itu turut mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak dan pernah dimasukkan ke hospital dua tahun lalu, tetapi keadaannya stabil.

Images: 

poe3

Image: 
GN4id: 
13365123
Lead: 

Kuala Lumpur: Penyanyi yang popular dengan lagu Ala Lala Tok (Jangan Saman), Poe kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, akibat serangan angin ahmar, Sabtu lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853