Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Doakan anak saya' [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Ikutkan hati tidak sanggup saya tonton semula video yang saya rakam ketika Warda diserang sawan.

"Mungkin ia cara terbaik untuk saya kongsikan kepada doktor dan juga kawan-kawan di Facebook (FB) supaya dapat doakan anak saya."

Itu luahan Norazlin Ghazali, 36, mengenai anaknya, Warda atau nama sebenar Aish Khalisya Khadeeja berusia 10 bulan yang menghidap epilepsi atau sawan.

Rakaman Warda diserang sawan viral di FB sehingga mengundang simpati orang ramai.

Norazlin berkata, dia mengikut nasihat doktor yang mahu melihat bagaimana keadaan anak keempatnya itu setiap kali diserang sawan.

"Saya mula rakam video September lalu dan sehingga ini, sudah merakam sekurang-kurangnya 20 video untuk ditunjuk kepada doktor.

Namun, Norazlin berkata, dia hanya mempunyai kekuatan untuk memuat naik rakaman di FB, minggu lalu.

“Video itu dirakam baru-baru ini ketika Warda berusia 10 bulan.

"Ada yang mengecam saya kerana memegang telefon bimbit dan bukannya mendukung Warda ketika dia sakit.

"Atas nasihat doktor, saya tidak dukung kerana boleh memudaratkan kesihatan Warda dan saya rakam untuk saya kongsikan kepada doktor dan kumpulan sokongan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Warda diserang sawan buat pertama kali pada Ogos tahun lalu ketika berusia empat bulan apabila sedang tidur dan dia yang panik menghantar anaknya ke hospital.

Dia yang menetap di Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu berkata, sejak itu, penyakitnya berulang sebulan sekali sehingga umurnya tujuh bulan.

"Selepas itu, keadaan Warda semakin teruk apabila penyakitnya datang dua hari sekali ketika ini tetapi tidak lama, cuma dalam tiga hingga lima minit sahaja walaupun pernah sekali dia berlarutan sehingga 33 minit," katanya.

Dia berkata, jika sawan anaknya itu berlarutan lebih 10 minit, dia akan membawa anaknya ke hospital kerana tidak mahu menanggung risiko lebih buruk.

"Saya pernah cuba rawatan alternatif iaitu homeopati tetapi setiap kali makan ubat, Warda akan diserang sawan. Saya tidak sampai hati dan rawatan itu hanya bertahan seminggu.

"Jadi ketika ini, saya perlu sentiasa memantau keadaan dia setiap hari dan maklumkan kepada doktor.

"Bukan semata-mata untuk meraih simpati, sebaliknya saya mohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak saya.

"Mana tahu, dalam ramai-ramai yang berdoa, ada yang mustajab," katanya yang terpaksa berhenti kerja sejak Oktober tahun lalu sebagai pembantu pembelian untuk menjaga Warda.

Images: 

28216izul2

Image: 
GN4id: 
13321100
Lead: 

Kuala Lumpur: "Ikutkan hati tidak sanggup saya tonton semula video yang saya rakam ketika Warda diserang sawan.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Doakan Warda...
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853