Kajang: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut ditembak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Semenyih Kajang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, rakan mangsa berusia 26 tahun turut koma akibat ditembak dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa bersama rakannya berada di lokasi sebelum dihampiri seorang suspek menaiki motosikal.
"Suspek melepaskan beberapa tembakan dan mengenai kedua-dua mangsa sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
"Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang manakala rakannya dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan," katanya.
C1F7F70B2AB7AC02CEF62A3F231FC9A1_data
Kajang: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut ditembak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Semenyih Kajang, di sini, awal pagi tadi.