Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Redah ombak besar bantu penduduk

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: APMM Daerah 9 (D9) Kuala Terengganu membawa dua pesakit keluar dari Pulau Perhentian, Besut, untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, 12.30 tengah hari ini.

Dua pesakit terbabit adalah kanak-kanak, dua tahun, dikenali sebagai Putra Amar Dani warga emas Semah Ali, 63.

Kanak-kanak itu dikhuatiri dijangkiti denggi manakala warga emas itu pula patah kaki selepas terjatuh dalam bilik air rumahnya di pulau itu.

Kedua-dua pesakit terbabit dikatakan tidak dapat keluar dari pulau berkenaan untuk ke Hospital Besut kerana ombak besar.

Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah (D9) Kapten (M) Zainol Abidin Jusoh, berkata pihaknya menerima panggilan APMM Wilayah Timur yang menerima aduan daripada Hospital Besut (HB), petang semalam.

"Dua pesakit terbabit dibawa menggunakan bot APMM dan tiba di jeti APMM D9, Pulau Kambing.

“Mereka dibawa ke HSNZ menggunakan ambulans hospital berkenaan sebelum dipindahkan ke HB," katanya.

Images: 

ombakk

Image: 
GN4id: 
13302667
Lead: 

Kuala Terengganu: APMM Daerah 9 (D9) Kuala Terengganu membawa dua pesakit keluar dari Pulau Perhentian, Besut, untuk dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, 12.30 tengah hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853