Melaka: Ahli Pandu Puteri dinasihatkan menjadi pengguna Internet yang bijak.
Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau kecewa dan terkilan kerana ada sesetengah pihak tidak memanfaatkan kebaikan Internet.
"Ada menjadikan Internet sebagai medium menyampaikan berita palsu, kenyataan fitnah dan hasutan dengan tujuan mengganggu ketenteraman negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Merasmikan Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2016 Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan tema 'Connect', di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.
Beliau, turut menasihatkan remaja supaya sentiasa menjaga diri dan tidak mendedahkan butiran peribadi setiap kali berhubung dengan individu tidak dikenali bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Melaka: Ahli Pandu Puteri dinasihatkan menjadi pengguna Internet yang bijak.