Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

18 ditahan, tujuh cedera

$
0
0
Utama

azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan 18 individu berusia 16 hingga 40 tahun ditahan ekoran insiden merusuh yang berlaku di Plaza Low Yat, di sini, malam tadi dan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, 18 yang ditahan termasuk suspek lelaki yang dipercayai mencuri telefon bimbit daripada satu daripada premis menjual telefon bimbit di plaza berkenaan.

"Suspek kini ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan dan hasil siasatan mendapati suspek turut positif dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.


#lowyatkecoh Sidang media insiden rusuhan di Plaza Low Yat dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa sedang berlangsung. Maklumat lanjut akan kami kongsikan nanti.VIDEO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Posted by Harian Metro * myMetro on Sunday, 12 July 2015


Menurutnya, tujuh individu cedera dalam insiden rusuhan yang berlaku tengah malam tadi termasuk tiga pengamal media.

Beliau memberitahu, siasatan daripada pelbagai sudut sedang dijalankan pihaknya dan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan mempercayai khabar angin yang tersebar melalui media sosial.

Polis juga tidak menolak kemungkinan akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang cuba membangkitkan sentimen perkauman dan menyebarkan khabar angin yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini, katanya.

Images: 

13715mior1

Image: 
GN4id: 
9299560
Lead: 

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan 18 individu berusia 16 hingga 40 tahun ditahan ekoran insiden merusuh yang berlaku di Plaza Low Yat, di sini, malam tadi dan kelmarin.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853